assalammualaikum...
Ketemu lagi kita di ari ke-16 ramadhan. Setelah lama aku tak menulis, arini aku mula kembali menulis blog. Pada tanggal 24hb Ogos 2010, keluargaku dikejutkan sekali lagi pemergian seorang ahli keluargaku. Makngah ku telah pulang keramatullah. Semoga rohnyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Dah la meningal di bulan pose, bukan calang2 org buley meningal di bulan yg mulia ni. Sesungguhnyer mak ngah ku antara insan yg terpilih. Segala kenangan bersama arwah tak kn kulupakn...ALFATIHA buat arwah...
Disini ingin ku ceritakan perihal kedua orang tuaku iaitu baba dan mamaku. Tanpa mereka sapelah aku. Jika dilihat budak- budak zaman sekarang pergaulan mereka terlalu bebas. Ada tu sanggup menipu mak ayah kata nak pergi surau, bawak telekung semua. Tapi bila sampai surau, niat dah ke lain, rupanya pergi lepak dengan pkwe di tempat yang gelap. Ape mereka ni tak berasa berdosa ke dengan kedua ibubapa mereka. Dirumah cakap nak ke surau, tapi sampai surau pegi buat maksiat....Masyaallah!!!
Aku cukup takut dengan budak zaman sekarang Mungkin jugak sebab mak bapak deorang tak amik kisah, itu sebab mereka berani buat. Macam aku ni aku bersyukur sebab aku mempunyai seorang ayah yang amat garang. Kalo dilihat dari airmuka dia, dia nampak garang, tapi bila kita sentiasa berada di sisinyer, baru kita tahu bahawa babaku ni hatinyer sangat lembut. Dia tegas bersebab kerana dia tak nak anak-anak dia hidup tanpa haluan. Dia sentiasa tegur terutama dalam bab agama. Abahku ni memang amat menitik beratkan tentang agama, sebab tula aku sangat menghormati babaku ini. Jika dilihat budak-budak zaman sekarang kehidupan mereka sangat sosial. Lepak ke tempat yang x berfaedah, ape mereka tak takut ker kalo maruah mereka akang tergadai!! Aku sentiasa bersyukur kepada allah sebab dia telah mengurniakan baba yang baik dan beriman untuk aku. Kalo la baba tu x der iman yang kukuh, sudah tentu hidup aku akan terumbang ambing tanpa haluan dan mungkin aku akan hidup liar seperti mereka di luar sana. Aku bersyukur yg amat pada allah kerana telah mengurniakn baba yang amat istimewa buatku dan keluargaku...Terima kasih ya allah kerana ko telah mengurniakan ayah yang tegas tapi nampak penyayang kepada anak-anak dia...
Hatiku akan mula tersentuh bila pagi raya, yeala masa tu kita akan bersalaman pada kedua orang tua kita. Aku adalah insan yang pertama akan bersalam pada ayahku sebab aku anak yang sulung, nta la aku pasti akan menangis bila bersalam dengan babah. Nape ekk?? setiap tahun aku pasti akan nagis bila salam babah...nta la mungkin hatiku mudah tersentuh bila melihat raut wajah baba yang sentiasa tenang. Mungkin jugak sebab aku amat menyayangi baba kerana dia telah banyak berkorban untukku dan adik-adikku. Sebab itu bila orang tanya bila aku akan berkahwin, aku belum ada jawapan untuk itu kerana aku rasa x cukup lagi nak beri kasih sayang pada kedua orang tuaku, kerana aku takut nanti bila aku sudah kahwin nanti aku akan kurang beri perhatian pada kedua orang tuaku.
Insan yang kedua aku paling sayang sudah tentula mamaku. Dia ni memang garang. Dia kalo tak suka, jangan la kita membantah sekalipun kerana dia tetap berkeras dengan ape yang dia katakan. Dirumah dia nampak garang, tapi diluar dia memang sporing giler. Kadang-kadang aku heran jugak nape mama di uma lain dan diluar lain, mungkin dia nak didik kami ni anak-anakmyer menjadi insan yang berjaya sebab itula dia sentiasa tegas pada kami anak-anak nyerr. Dia paling tak suka tengok anak dia selekeh. Mama ni amat menitik beratkan tentang fesyen yang dipakai oleh anak-anak dia. Sebab tula walau kemana kita pergi dia pasti nak anak-anak dia sentiasa up to date!!! Mama jugak sentiasa menitik beratkan tentang agama, aku amat bersyukur pada allah sebab mengurniakan mama yang baik hati. Dia selalu kesian kn kawan-kawan dia lebih daripada anak-anak sendiri. Sebab itu kemana dia pergi pasti akan ada menyapa dia, sebab mamaku terlalu ramah mesra orangnyerr....
Oleh itu pada mereka yang masih ada kedua ibubapa sayangila mereka dengan sepenuh jiwa kita kerana jika mereka telah tiada lagi tiada guna untuk kita tangisi permergian mereka kerana masa tiada berguna lagi. Aku berhenti seketika dahulu buat masa ini dan akan ketemu di warkah yang seterusnyerr...
wassalam....
cedehnye citer die ni....huhuhu....rase nak nagislah pulak....huwaaaaa......lalalalalala.....
ReplyDeletesilakn la nagis...x der sape nk larang pun...nak kanda lap kn kerr airmatamu itu...huhu...pki kain tuala kanda la ekk lapkn airmatamu itu...lalala...
ReplyDelete